Jumaat, 9 Disember 2011

SYEIKH MUSTAFA AL-'ADAWI

Syeikh Mustafa Al-'Adawi adalah antara ahli sunnah dan ulama' yang cukup terkenal dari Mesir. Lahirkan pada tahun 1945 di sebuah kampung bernama Maniah Samnud di wilayah al-Daqhaliah. Dia pernah mendapat pendidikan di falkuti teknik tepatnya jurusan teknik mesin tahun 1977

Sebagaimana kebiasaan para ulama terdahulu, Syeikh Mustafa Al'Adawi pernah melakukan rihlah ilmiah (perjalanan dalam rangka menuntut ilmu). Beliau meninggalkan kampung halaman tercinta menuju Yaman untuk berguru dengan Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’i. Selama lebih kurang 4 tahu dari 1400 H sampai 1404 H beliau hadiri berbagai pelajaran ilmiah yang disampaikan oleh Syeikh Muqbil.

Sekembali beliau dari Yaman, Syeikh Mustafa Al-'Adawi membina sebuah masjid kecil sebagai tempat beliau mengajarkan ilmu yang telah beliau perolehi untuk diajarkan kepada orang lain. Di masjid ini dia mulai mengajarkan Sahih Bukhari, Muslim, tafsir al-Quran dan Fiqh.Ketika mulai banyak penuntut ilmu yang ingin belajar ilmu-ilmu agama kepadanya baik dari Mesir ataupun di luar Mesir, dia mulai membina sebuah masjid besar dan perpustakaan yang besar pula.Di samping mengajar di masjid sendiri, dia juga memiliki berbagai kajian rutin setiap pekannya di berbagai wilayah di Mesir

Di samping aktiviti mengajar, Syeikh Mustada Al-'Adawi juga meminati bidang penulisan. Beliau aktif menulis di bidang fiqh, hadis, mustahalah hadis dan tafsir. Beliau mempunyai obsesi besar untuk menulis tafsir al-Quran dalam bentuk soal jawab. Program ini dia namakan at Tashil li Ta’wil at Tanzil (cara mudah belajar tafsir al-Quran).

Di antara buku yang bendapat sambutan di pasaran adalah
tafsir untuk surah al-Baqarah,
Ali Imran,
an-Nisa’,
an-Nur,
al-Hujurat,
al-Qashash,
Yusuf,
juz amma
juz 29.

Dalam bidang fiqh, beliau menulis kitab al Jami’ li Ahkam al Nisa’ (Buku Lengkap Tentang Hukum-Hukum Berkaitan Wanita). Buku ini terdiri dari lima jilid dengan perincian empat jilid berisi huraian manakala jilid kelima berisi soaljawab pemakaian tentang kandungan empat jilid sebelumnya.

Di samping itu, beliau juga menulis buku fiqh yang bersifat umum. Judul buku tersebut adalah al Jami’ al ‘Amm fi al Fiqh wa al Ahkam (buku lengkap tentang fiqh dan hukum).

Karya-karyanya yang lain di antaranya adalah:-
- Tarbiyah Al-Abna’ wa Thaifah min Nasha-ihi al-Athibba-i (Bagaimana Nabi Mendidik Anak )
- Ahkam An-Nikah wa Az-Zifaf (Tanya Jawab Masalah Nikah Dari A Sampai Z )
- al-Sahih al Musnad min Ahadis al-fitan wa al Malahin wa Ayrath al-Sa’ah (Kumpulan hadis-hadis sahih mengenai huru hara akhir zaman)-
al-Sahih al-Musnad min Adzkar al-yaum wa al Lailah (Kumpulan hadis sahih mengenai zikir-zikir harian)
- al-Sahih al-Musnad min fadhail al-Sahabah (Kumpulan hadis sahih mengenai keistimewaan para shahabat Nabi)
- al-Sahih al-Musnad min al-Ahadis al-Qudsiah (Kumpulan hadis-hadis qudsi yang sahih)

Beliau sentiasa bersungguh-sungguh dalam berdakwah, menyebarkan ilmu dan produktif menulis buku. Semoga Allah melimpahkan keberkahan untuk ilmu dan amal beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan