Khamis, 20 Mei 2010

Wajah Ayah Yang Ku Rindui.

Dulu dulu ku lihat wajah ayah,
Handsome tapi kelihatan bengis
Sekali jelingan membuatkan aku lari tak cukup tanah
Sesekali tajam matanya membuat kan adik-adik menangis

Dulu ku lihat wajah ayah
Ceria dengan basikal tua
Membawa kami keliling benua
Tertumpah kenangan di Singapura

Semusim lepas ku lihat wajah ayah
Gusai dan sensara kelihatan tua
Derita sakitnya memamah usia
Walaupun umurnya baru bermula senja

Semalam ku lihat wajah ayah
Putih, bersih, berseri, bercahaya
Dalam pakaian berjumpa Ilahi

Hari ini ku tidak dapat melihat wajah ayah lagi
Ayah bukan milik kita
Dia milik Tuhan Yang Hakiki
Perginya ayah ke pangkuan Ilahi
Semoga ayah sentiasa dirahamati.

Sebentar tadi ku zirahi pusara ayahanda
Harum semerbak bau lamannya
Semoga bertemu kembali
Ayah disyarga menanti kami


Al-fatihah

Untuk ayahanda yang dihormati
Mohamad Ismail
16/10/1945 – 19/02/2010

Sempena 40 hari ayah pergi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan