Rabu, 18 November 2009

Doa.....

Baca BISMILLAH dulu...............

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu.Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya,
memohon kesihatan semulia-mulianya,
memohon rezeki semewah-mewahnya,
memohon umurseberkat-berkatnya,
memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya,
memohon anugerah sebaik-baiknya,
memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya,
memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminnn...

Dipetik daripada e-mail seorang sahabat :manja MCKD

Selasa, 21 Julai 2009

Illir Illir (Bangunlah)

Pagi!!!...

Karya agung ciptaan Sunan Kalijaga iaitu salah seorang 9 wali Songo ini ialah merupakan dakwah yang disampaikan melalui seni kepada penduduk nusantara pada lebih 400 tahun lalu terutamanya bagi masyarakat di kepulauan Jawa Indonesia Walaupun. usia karya ini mencapai ratusan tahun tetapi ia tidak akan terhenti dinyanyikan dari satu genarasi ke satu genarasi, malahan menjadi kebanggaan masyarakat jawa nusantara sebagai warisan yang indah dan tidak terharga nilainya.

Bagi Alumni Training Mission And Charactor Building (MCB) pastinya lagu ini masih dirindui dan diingati, Selamat menghayati lirik di bawah, salam kerinduan bagi angkatan 3KL MCB dan salam semuat bagi semua alumni yang berada diserata dunia.


Lir-ilir, Ilir- ilir

(Bangunlah, bangunlah)


Tandhure wus sumilir

(Tanaman sudah bersemi)


Tak idjo royo-royo

(Tampak menghijau)


Tak sengguh pengantin anyar (2x)

(Umpama Pengantin baru )(2x)


Bocah angon...bocah angon

(Wahai para penggembala)


Penekno blimbing kuwi

(Panjatlah Pohon Belimbing itu)


Lunyu-lunyu penekno

(Biarpun licin panjatlah terus)


Kanggo mbasuh dodotiro ( 2x)

(Untuk mencuci pakaianmu yang kotor) (2x)


Dodotiro...dodotiro

(Lihatlah pakaian-pakaian itu)


Kumitir bedah ing pinggir

(Terkoyak dan sobek di tepinya, Jahit dan perbaikilah)


Kanggo sebo mengko sore (2x)

(Agar engkau memiliki bekalan untuk menghadap masa senja) (2x)


Mumpung padang rembulane

(Sementara sang rembulan masih bersinar)


Mumpung jembar kalangane

(Sementara peluang masih terbuka luas)


Yo surak o surak iyo

(Ucapkanlah syukur dengan suka cita)



Shalaatullah salaamullah

Alaa thaaha rasuulillah

Shalaatullah salaamullah

Alaa yaasin habiibillah 2x



Tawassalna bi bismillah

Wa billhaadii rasuulillah

Wa kulli mujahidin lillah

Bi ahlilbadri yaa Allah 2x



Ilahi sallimil ummah

minal afaati wannikmah

wa min hammiw wamin ghummah

bi ahlillbadri yaa Allah 2x

Isnin, 23 Februari 2009

Pesanan Terakhir Syed Qutb

Saudara,
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku
dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku
yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
dan teruskanlah perjalanan
ke gerbang jaya

Saudara,
kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih
yang sedang merindu
taman-taman di syurga Tuhanku
bangga menerimaku
burung-burungnya
berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara,
puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinari fajar lagi
biarlah rohku terbang
mendapatkan rindunya
janganlah gentar
berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar



(ditulis beberapa jam sebelum menemui syahid menemui ajalnya pada tahun 1966)

Sumber : Asrar @ http://halaqah.net

Ahad, 22 Februari 2009

Syair Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi

Siapa tak menempuh jalan leluhurnya, pasti 'kan bingung dan sesat.
Wahai para cucu Nabi, tempuhlah jalan mereka.

Tempuhlah jalan lurus dan jauhilah segala bid’ah.
Pergilah bersama yang mencintai dan mentaati Allah.

Dalam beramal dan menahan diri, teladanilah mereka tapak demi tapak.
Berkat para salafmu, kau 'kan mendapat banyak manfaat.

Luas, agung dan mulia budi pekerti mereka.
Dalam tariqahnya, takkan kau dapati perselisihan atau sengketa.

Dengan penuh semangat, beramallah mereka dengan tulus.
Meningkatlah kedudukan mereka, tinggi dan mulia.

Tak mereka diamkan yang haus dalam kehausannya dan yang lapar dalam kelaparannya.
Dengan pekerti luhur, mereka usahakan jalan ‘tuk mengatasinya.

Dengan amal soleh, mereka muliakan masjid dan muka bumi.
Bergegas menyambut seruan manusia yang mereka cintai dan taati.

Iaitu sebaik-baiknya Nabi dan semulia-mulianya pemberi petunjuk dan dai.
Ketika beliau berdakwah kepada mereka, mereka pun mendengarkannya sepenuh hati.

Dengan semangat mereka berusaha ‘tuk segera meraih kedudukan mulia.
Tanpa angin atau layar, perahu pun berangkat berkat mereka.

Tetapi dengan inayah Allah perahu berlayar dengan taat, tak menentang.
Anugerah Allah ini dikhususkan untuk mereka yang patuh, tak membangkang.

Demikianlah ucapanku ini dan yang semisal ini selalu sedap di telinga.
Dengarkan dan pahamilah syair ini, didalamnya terhimpun segalanya.

Hiruplah keharuman ini, kerana ia tersebar di antara ahlinya.
Ya Allah, aku datang ke hadiratMu dengan suatu maksud dan tujuan.

Aku mengakui kelemahan, ketidaksempurnaan dan ketidakkuasaanku,
maka sempurnakanlah kekuranganku kerana ‘ku memang tak sempurna.

Tiada sandaran bagiku kecuali beliau yang keharuman namanya tersebar memenuhi alam semesta,
sebaik-baiknya Nabi yang cahayanya meredupkan segala cahaya.




(Diambil dari Ulama Hadramaut, Habib Umar Bin Hafiz, cetakan 1, penerbit Putera Riyadi Solo)sumber : http://tamanhabaib.blogspot.com

Sabtu, 21 Februari 2009

Dilorang Sepi

Di lorong sepi ini,
aku masih mencari,
secebis kasih,
yang ku dambai...

di lorong sepi ini,
aku terus menanti,
sebuah takdir yang ku ingini,
dari Iahi...

di lorong sepi ini,
aku masih begini,
terus menanti dan menanti,
panggilan seruan mati...

di lorong sepi ini,
aku terus meniti,
waktu yang kian lari,
menanti dan menanti,
kerna rinduku menggunung tinggi,
untuk bertemu-Mu Rabbi...


Sumber : Pautan pada http://halaqah.net

MUNAJAT PERJUANGAN



Ya Tuhan pemilik kekuasaan
Memberi kekuasaan menganugerah kejayaan
Memuliakan hamba dengan keimanan
Di tanganMu segala kebaikan dan kekayaan

Engkau menabir siang dan malam
Menerbitkan yang hidup dari yang mati
Kembangkan Lembayung rahmatMu
Kepada kami insan yang memerlukan

Ya Tuhan tautkan hati kami dengan kemanisan imaN
Kekalkan kemesraan dalam kehidupaNJa

linkan ukhuwah sesama insan
Lapangkan hati kami dengan limpah keyakinan

Ya Tuhan dengarlah rintihan hambaMu
Berserah jiwa dan raga untukMu
Demi agama, bangsa dan UmatMu
Kuatkan, tabahkan hati menyanjung syariatMu

Sumber :
amna_mujahidah / http://halaqah.net

TIDAK ADA MULUT YANG BERBICARA

Bila kita mendengar di antara penghuni-penghuni bumi,
Anak-anak menjadi yatim,
Isteri-isteri menjadi balu,
Yang sihat tubuhnya cacat,
Yang kaya hartanya punah,
Oleh bencana alam yang memusnah,
Fakir miskin yang derita sengsara.

Banyak mata yang menangis,
Banyak hati yang simpati,
Banyak tangan yang menghulur,
Banyak cerita dibicarakan,
Merata-rata di bumi Allah.

Tetapi bila mana Allah tidak disembah,
Batas-batas agama tidak diendah,
Betis paha telah didedah,
Tidak ada air mata yang tumpah,
Tidak ada hati yang derita,
Tidak ada mulut yang berbicara,
Seolah-olah ini semuanya tidak ada apa-apa,
Padahal bukankah ini neraka padahnya?

30 September 1976
Dipetik daripada: Siri sajak Al-Arqam oleh ustaz Asaari b. Muhamad