10 Muharram : Laut Merah terbelah dua
bagi menyelamatkan Nabi Musa bersama
pengikutnya daripada tentera Firaun.
10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura.
Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting. Kita sebagai hamba Nya yang
kerdil haruslah mengambil iktibar. IQRA’ bacalah dengan mata hati mu pada
setiap kejadian, pastinya ada hikmat Allah yang tidak terduga akal fikiran
hamba-hambaNya.
Banyak hadis yang riwayatkan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada 10 Muharran, antaranya adalah
1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang
dan sebagainya
2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10
Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal
manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10
Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10
Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga
pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10
Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api
Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s.
dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada
10 Muharram
13.Dilahirkan NabiIsa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut
ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada
10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10
Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10
Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi
Sulaiman a.s.
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit
pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10
Muharram.
Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.
Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan
mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah
kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai
tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka
(antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu,
masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.
Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a
berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum
Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada
kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka
menjawab, "Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun
dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi
saw:
"Kami lebih layak mengikuti jejak
langkah Musa dari kamu."
Maka Nabi Mohammad saw pun menyuruh para
sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barang siapa yang
melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya
sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, "Barangsiapa
yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun."
Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang
berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang
lampau.
Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan
yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini
disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini
sepertimana terdapat dalam satu hadis.
"Sesiapa yang berpuasa pada hari
Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu
malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah
dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim
pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa
pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka."
Sahabat pun bertanya, "Ya Rasulullah,
Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain
hari." Jawab Rasulullah, "benar, Allah telah menjadikan langit dan
bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan
menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura
dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan
neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi
Ayub. Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan
dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan
kiamat akan terjadi pada hari Asyura."
Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam
dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu
merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun
lamanya memohon keampunan.
Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi
orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari
itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam
agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan
istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu.
Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan,
maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.
Sahabat pun bertanya, "Ya Rasulullah,
Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain
hari." Jawab Rasulullah, "benar,
1. Allah telah menjadikan langit dan bumi
pada hari Asyura,
2. dan menjadikan bukit-bukit pada hari
Asyura
3. dan menjadikan laut pada hari Asyura
4. dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada
hari Asyura
5. dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada
hari Asyura,
6. dan menjadikan syurga dan neraka serta
memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, 7. dan Allah menyelamatkannya dari api
pada hari Asyura
8. dan menyembuhkan dari bala pada Nabi
Ayub.
9. Pada hari Asyura juga Allah memberi
taubat kepada Adam
10. dan diampunkan dosa Nabi Daud,
11. juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman
pada hari Asyura
12. dan kiamat akan terjadi pada hari
Asyura."
13. Allah menerima taubat Nabi Adam setelah
beratus tahun lamanya memohon keampunan.
14. Allah menerima taubat Nabi Nuh setelah
beratus tahun lamanya memohon keampunan.
15.Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi
orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari
itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini
mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman,
Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah
buat masa itu.
16. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari
musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana
kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan